salam



Free Widgets

Scribd

Tugasan Krb 3033 Dasar Mbmmbi Hamidah Asbulleh (d20102045949) El-b35

Thursday, 8 December 2011

Pengumuman Penting

 sila klik pautan di bawah untuk download pekeliling sistem gaji SBPA untuk maklumat lanjut
Sistem Gaji SBPA untuk Guru

Saturday, 3 December 2011

Masalah Kemahiran Menulis Murid

Assalamualaikum...

Apabila menjadi guru tahun 1 macam-macam masalah yang akan dihadapi oleh guru. Kadang kalah guru hanya mampu berserah dan terpaksa menerima hantaman daripada rakan guru yang berada di tahap dua. Murid tahun 1 dianggap dicorakkan oleh guru tahun 1. Berjaya seorang murid melepasi tahun 1 dengan cemerlang makah guru tersebut akan dianggap berjaya. Namun kecundangnya murid tahun 1 makah guru tersebut dianggap kecundang. Beberapa masalah yang menjadi isu dalam tahun 1 ialah kelemahan murid dalam kemahiran menulis. Murid mudah menguasai kemahiran membaca dan lisan tetapi agak sukar untuk menguasai kemahiran menulis perkataan. Hal ini kerana guru mungkin kurang menumpuhkan perhatian kepada penguasaan kemhairan ini. Di sini saya cuba huraikan sedikit mengenai kemahiran menulis. Sebagai rujukan dan bimbingan kita semua bersama.

Masalah Dalam Kemahiran Menulis

1. Cara yang digunakan untuk membantu kanak-kanak yang menulis dengan mencampur-adukkan huruf besar dan huruf kecil?

* Latih tubi menyalin ayat atau tulisan.
* Terapkan konsep tatabahasa dalam ayat.
* Arahkan murid menyalin ayat dalam huruf kecil sahaja.
* Kemudian terangkan kepada murid di mana fungsi huruf besar dalam ayat yang di salin.
* Salin latihan ayat dalam buku garis tiga
* Sediakan lembaran kerja tulisan.
* Praktis tatabahasa-salin Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
* Galakkan murid menulis perkataan berdasarkan gambar.
* Menggunakan keratan akhbar, minta pelajar menyalin ayat yang mengandungi Kata Nama Am dan Kata Nama Khas yang diperoleh daripada keratan akhbar.
* Permainan bahasa.
* Lain-lain cara tetapi tidak mengelirukan pelajar.

2. Jarak huruf tidak seragam

* Menyalin perkataan dalam kotak.
* Menyusun huruf yang digunting daripada keratan akhbar.
* Menyambung titik huruf

3. Meninggalkan huruf semasa menyalin ayat

* Elakkan perkataan berganda.
* Jangan beri latihan yang terlalu panjang.
* Kurangkan perkataan imbuhan.
* Semak baris demi baris.

4. Jarak antara perkataan adalah tidak sesuai.

* Letakkan satu jari atau pen diantara setiap perkataan sebagai penanda jarak.
* Sambung titik.
* Kertas surih – bentuk ayat (murid salin semula mengikut potongan kertas surih)

5. Menonjolkan pembalikan huruf

* Guru buat latihan menulis huruf yang pelajar keliru secara berulang-ulang.
* Mengecam huruf menggunkan kad-kad huruf
* Menggunakan kad tebuk – sentuh dan rasa
* Lembaran kerja pengamatan (mengatasi masalah pengamatan)
* Latihan menulis (sambung titik)
* Memilih dan mencari himpunan huruf.
* Menulis huruf di pasir atau udara.
* Latihan menyalin ayat pendek yang lengkap.
* Menampal huruf yang telah disediakan oleh guru.

Wasalam.

Saturday, 26 November 2011

Literasi - Membaca Perkataan

Literasi - Membaca Perkataan: * Membaca Perkataan Yang Mengandungi Digraph. Dari Laman Web=http://eduwebtv.com/v2/video/?id=1291266926309666

Thursday, 27 October 2011

Bentuk Sajak

Syair Siti Zubaidah dan Perang Di China

Baik parasnya bukan kepalang
Tubuhnya seperti emas cemerlang
Cahaya durjanya gilang-gemilang
Jika ditentang bagaikan hilang

Lemah lembut manis berseri-seri
Majlisnya tidak lagi terperi
Parasnya seperti anakan peri
Tiada berbanding di dalam negeri

Bertambahlah arif bijak laksana
Bijak bestari akal sempurna
Sifatnya lengkap tujuh laksana
Tiada berbanding barang di mana

Jikalau dicari dengan makrifat
Cukup kepadanya serba empat
Habis kepada sempurna sifat
Bandingnya itu sukar mendapat

Rambutnya panjang hitam lebatnya
Kening beralit dengan hitamnya
Mata hitam sangat hitamnya
Bulu matanya lentik sangat eloknya

Hidungnya mancung lehernya jijang
Pinggangnya ramping dadanya bidang
Loknya elok sederhana sedang
Sedap manis mata memandang

Puteri Zubaidah konon namanya
Patutlah nama dengan rupanya
Di negeri Irak sangat mashurnya
Seorang pun tiada tolok bandingnya

Suara Sakti oleh Aziz Deraman

Sayu hatiku melihat wajahmu
membawa seribu makna pilu
perkasa hasrat di puncak gunung
mulai berderai ke bawah gaung
kata bibir tiada sama kata kalbu
bahasa malap di jiwa penguasaku
jadi ia sepantun buah kepayang
dimakan mabuk dibuang sayang
apabila lidah kebenaran pada orang
apabila yakin suara sakti pada wang
apabila pertaruhkan budi pada teknologi
apabila maju tidak cintai hak sendiri
akan kita lihat lokan terdampar
mutiara hanyut di serata dasar
berebut pantai dengan laut dalam
berfikir akal dengan nafsu dipandang
rahsia malapetaka dipanggil datang
hilang suara sakti di bibir peradaban.

A AZIZ DERAMAN
Menara DBP, Kuala Lumpur

Tuesday, 25 October 2011

Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa dan Maksud

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

Bagai Aur Dengan Tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

Indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

Kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

Bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

Bbiar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

Sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

Mencari Jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

Memerah Otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

Berbesar Hati
Maksud : Gembira.

Anak Buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

Tuan Rumah
Maksud : Tempat berlangsungnya sesuatu acara

Batu Penghalang
Maksud : Halangan

Darah daging
Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

Meninggi diri
Maksud : Sombong

Bermuka Dua
Maksud : Tidak jujur.

Baik Hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

Tulang Belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

Terang Hati
Maksud : Lekas pandai.

Rendah Hati
Maksud : Tidak sombong

Murah Hati
Maksud : Pemurah.

Tangan Kosong
Maksud : Hampa.

Lintah Darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

Anak Dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

Saturday, 22 October 2011

Wednesday, 5 October 2011

Guru Oh Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979